Salam Ramadan
Assalamualaikum. Salam Ramadan. Hari ni dah masuk hari ke-4 umat Islam di seluruh dunia menyambut bulan Ramadan. Seronok kan sebab kita dapat lihat manusia berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan dan meningkatkan amalan. Siapa yang tak nak kaut pahala banyak2 di bulan yang mulia ni? Ganjaran yang kita dapat pun berganda-ganda. Kebetulan pula Ramadan tahun ni jatuh beberapa hari selepas PRU 14. Haa, kebanyakannya tak sabar2 nak tahu perkembangan mengenai kerajaan baru kita dan sebagainya. Memang tak salah kita nak ambil tahu hal2 berkaitan politik dan isu semasa, cuma jangan terlalu taksub sehingga terlupa akan tanggungjawab kita untuk beribadah pada bulan yang mulia ni. Sikit2 tu memadailah. Yang paling penting, jaga bahasa dan tutur kata bila berborak atau post status di media sosial. Jangan over sangat. Jangan sampai lukakan hati pihak lawan atau buat orang lain terasa hati dan meluat dengan kita. Jangan ditambah lagi dosa kita. Pahala pun tak seberapa, dosa pulak menimbun2. Doa