Selamat Tahun Baru 2017

Salam... Selamat Tahun Baru 2017. Tahun baru bermakna kita semakin menginjak usia. Sedarkah kita? Entahla, kadangkala sedar, kadangkala kita leka, alpa... Soalan wajib sejak dari zaman sekolah rendah dulu "Apa azam awak tahun ni?" I see, dulu kita sentiasa pastikan kita ada azam Kalau tak, malu lah dengan kawan-kawan Tapi kan, apa gunanya ada azam kalau kita tak berusaha untuk merealisasikannya? Haa, sebab tulah kalau nak tetapkan azam, pastikan azam tu relevan dan boleh dicapai Azam ni tak wajib pun tapi, Pentingnya azam ni untuk kita memajukan diri sendiri, untuk lebih berusaha untuk mencapai kejayaan dalam pelbagai lapangan. Tanpa azam, kita akan berasa selesa berada di takuk yang sama Sedangkan kita digalakkan untuk mengubah nasib kita sendiri hari demi hari Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS.13:11 Bunyi macam complicated kan? ...