Mulut Manis, sweet sangat3


waaaahhhh, lawa la ko hari ni...
wooowww cantiknye beg baru ko...
huiyoooo handphone baru lagi canggih, ko punya taste memang terbaek!!!!

Sweet kan ayat2 camni...siapa yg tak suke bila ada orang puji kita. kembang kempis hidung ni hah sampai tak dapat nak sorokkan..hahah.

kadang2 kita dapat bezakan antara pujian ikhlas atau pujian yg dbuat2. Pujian ikhlas buatkn kita menghargai setiap bait2 pujian tu.. taaapiiiii pujian tak ikhlas atau bahasa kasarnya pujian utk bodek memang susah kita nak kesan. 

ada orang memang hobinya memuji orang dgn harapan orang akan termakan pujian dia. 
so senangla nak bodek orang kannnn..







aku???
hurm tak tahu nak cakap macammana, puji orang bila kita betul2 rasakan orang tu patut dpuji. sebabnya, kalau kite puji tak bertempat, kang tak pasal2 orang tu salah paham pula. tak pun dia akan bangga diri, atau apa2 jela. if pujian tu mberikan kesan yg baik, takpe jugak. lagipun xbaik jadi hipokrit, cakap yg benar supaya sekurang2nya orang tersebut dapat perbaiki segala kelemahan diri dia...tak gitu???

aku tak pandai sangat nak bermanis mulut ni. dengan kawan2 adakalanya aku akan bagi kritikan yg membina. tak reti nak berpura-pura. yup tak dinafikan kadang2 dorang tak boleh terima kritikan tu, tapi da nama pun kawan,, lama2 da terbiasa dan kami lebih bsikap jujur antara satu sama lain.

macam kat tempat kerja dulu pun, aku jenis suka buat kerja sendiri and bcakap bila perlu je, cakap dgn bos kalau ade hal, jarangla borak kosong camtu je sebab aku TAK RETI!!! 

ada gak kengkawan 1 opis yg kerjanya dok kipas bos je, puji sana, puji sini..padahal..ish ish ish.

takpela, lantak pi la. taknak pedulikan pun orang camtu. mungkin dia jugak bgosip kat belakang kita. baik abaikan je. hati pun tak sakit.

pendapat tentang lelaki/perempuan bmulut manis????

hahaha saya tak suke!!!! katakan tak nak. 

biarla aku jadi diri sendiri, biarla orang kata aku xpandai ambil hati orang. biarla orang kata aku xpandai nak berbasa basi (bkn bmaksud aku xreti bsosial). tapi aku bencikan orang yg bpura-pura a.k.a hipokrit atau munafik.

menyampah!!!

motif tulis entri ni?? baru tadi tpikir kenapa orang suka bmanis mulut sedangkan dia sebenarnya x maksudkannya.

hihihi macam2 ragam manusia ni..ok la nak layan drama korea jap. opssss..babai




Comments

Popular posts from this blog

Minat Cerita Tamil

Cendawan Goreng Tepung Lazat

Sup Ikan Marvellous