Cendawan Goreng Tepung Lazat

Salam..
Hai selamat berhujung minggu. Selamat menyambut hari natal kepada sahabat2 yg beragama Kristian.

Well hari ni macam biasa la. Tekak mengidam nak makan cendawan goreng tepung lak. Siap termimpi2 tuh. Aduhai. Dulu aku rajinla buat resipi ni sebab adik2 aku suka sangat2. Cara nak buat simple tapi memerlukan sedikit kesabaran.

Ok ni bahan2nya:-

1. Cendawan tiram 1 bungkus
2. Telur 2 biji
3. Tepung goreng ayam Kentucky




Mula-mula sekali, basuh cendawan dan tos kan.

Kemudian masukkan cendawan ke dalam mangkuk yang berisi telur (telur yg dipukul) 


Haaa gini la rupanya. Lepas tu golekkan dan taburkan tepung goreng pada cendawan2 tadi. Jangan gaulkan sebab nanti tepung jadi berketul2.


Saya gunakan tepung ni..hiks. Masukkan tepung sikit demi sedikit. Sebabnya kalau ada balance, boleh simpan and digunakan next time.

Sambil2 tu boleh panaskan kuali, masukkan minyak. Agak2 da panas, gorengkan cendawan yang bersalut telur dan tepung tadi.

Goreng dengan api sederhana sehingga warnanya bertukar keemasan. 

Toskan atas tisu terlebih dahulu sebelum dihidangkan.


Taraaaa, da siap da. Sedap pun sedap, banyak pun banyak, rangup pun rangup, murah pun murah..fuuhhh berbaloi baloi. Selamat mencoba!!!










Comments

  1. Mudahnya.
    Tak letak garam ke?

    ReplyDelete
  2. Memang mudah sgt2. tak payah letak garam sebab tepung tu da cukup masin =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Minat Cerita Tamil

Sup Ikan Marvellous

Selamat Tahun Baru 2017