Sup Ikan Marvellous

Salam..

Hai weekend2 ni teringin nak makan sup ikan pulak.
Bosan sangat dok hadap makanan kat cafe setiap hari.
Pastu jarang dapat makanan yg menepati selera kita. So, alang-alang dah balik umah weekend ni, end up kita buat resipi mudah tapi enak.

Cam biasa, kebanyakan resipi-resipi ni adalah turun temurun dari mak aku.
Selalunya resipi mak ada cukup rasa, masam masin manis bercampur-aduk. Terbaiklah. In fact, kalau mak goreng telur pun kita rasa sedap kan kan.
Cuma kadang-kadang aku memandai ubah sendiri resipi2 beliau..hiks


Sup ikan marvellous

Ni lah hasilnya. Berselera aku makan.

Bahan-bahan
  1. Ikan baung (dipotong 3 atau 4 potong. Nak guna ikan lain pun boleh, aku suka ikan ni, heh)
  2. Air (cukup untuk 2 mangkuk)
  3. Tomato sebiji (dipotong kecil)
  4. Bawang merah sederhana besar 2 ulas
  5. Cili padi 2 ketui
  6. Asam keping (2 keping)
  7. Garam/ Gula/ perasa makanan
  8. Daun selasih 4-5 helai (dihiris halus)

Cara Masak

  1. Mula-mula tumbuk cili padi dan bawang merah sederhana lumat. 
  2. Masukkan air ke dalam periuk, kemudian masukkan kepingan ikan yang telah dipotong. Biarkan sehingga mendidih. (Masukkan ikan dulu supaya sup tu takde bau hanyir)
  3. Kemudian, masukkan bawang dan cili yang telah ditumbuk tadi. Biarkan seketika.
  4. Perasakan dengan garam 2 sudu kecil, sedikit gula-taknak letak pun takpe (atau letakkan perasa makanan mengikut citarasa anda)
  5. Masukkan tomato dan asam keping tadi. Padamkan api.
  6. Hidangkan dan taburkan hirisan daun selasih.

Ok done. siap untuk dimakan panas2. Marvellous. Bagi aku, resipi ni sangat simple sebab bahan-bahan yang digunakan mudah, pastu mengambil masa tak lama untuk disiapkan.  ok bai

Comments

Popular posts from this blog

Minat Cerita Tamil

Selamat Tahun Baru 2017