Minat Cerita Tamil

hai hai hai
selamat petang....

weee aku baru pas layan cerita Tamil yang baru diupload ke youtube beberapa hari lepas. cerita 2014.

cam tertanya-tanya la best sangat ke cerita tamil ni, sampaikan da cecah 1 juta viewers dalam 6 hari???

iissshhhh musykil aku. godek2 komen orang, ramai cakap best. aku memang pantang bab2 camtu.

tajuk ceritanya YEVADU. oh ye sebab utama nak tengok cerita ni sebab ada AMY JACKSON. hehehe suka tengok dia, lawa sangat.

sebelum ni aku penah tengok dia berlakon dalam cerita EKK DEEWANA THA. ni antara cerita dia
yang pertama. memang agak kaku sikit dia berlakon masa ni. banyak komen negatif berbanding
positif. tapi bagi aku, aku sangat2 suka jalan cerita dia yg boleh buka mata orang pasal perkahwinan blainan kaum, puak, bangsa, budaya bla bla bla....


Amy ni dia seksi sikit, sebab keturunan British, makanya tak pelik la kan kalau pakaiannya agak
mencolok mata. Filem kedua Amy, I, aku tengok kat wayang ngan adik aku. Well org usha pelik
sebab ktorg berdua je pakai tudung dlm hall n bukan orang india..(aku rasa sebab tu kot dorang usha).

ke diorang ingatkan kami ni india muslim..opsss xde rupa pong!!!

sebelum tu adik penjaga tiket kat gate tu siap double confirm, takut ktorang tersalah masuk hall..adikkkk, please la. apa dosa kami..wua wua wuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

berbalik pada kisah I, direktor Shankar tu...wahhh cerita yg memang sangat sangat sangat BEST!!!! walahhhh.. puas hati walaupun kematu pungkoq aku dok 3 jam dlm hall nuh.

  • pelakon best
  • jalan cerita best
  • costume best
  • lagu best
  • pencahayaan and recording takyah cakap ---memang terbaik


oiiiii apehal semua best ni???? da memang betul best. ha kalau korang tak caya, tengokla sendiri. donlod jela. tapi aku rasa raya thaipusam or pongal or deepavali mesti dorang tayangkan, serius best!

Shankar, aku tolong promote cite hang ni..suka dak??

muka manis 


comey kan kan

haih kalau heroin comey camni, rugila tak tengok, 

kesimpulannya, bukan orang tertentu je boleh minat cerita tertentu. aku ni universal orangnya, suka 

layan sume cite, asalkan best. Pulak2 diorang punya cerita mengambil masa hampir 2 tahun setengah

 utk dsiapkan. memang usaha yang berbaloi.

ok la nak godek2 apa yg leh dikunyah malam ni...papai....



Comments

Popular posts from this blog

Cendawan Goreng Tepung Lazat

I Fine Thank You... Love You (Review)

Sad Wednesday