Cerita Tamil lagi -Velayudham

Hai hai
Ni alkisah sebelum midterm hari tu. Aku sempat tengok movie Velayudham (superhero), sambil2 godek bahan dari tenet. Nak habiskan cite tu ambik mase 2 hari. eh bukan sebab cite tu panjang sangat. tapi banyak benda nak setelkan. pergi kelas then balik tu sambung tengok lagi sambil lipat kain, erkkk complicated!

okayla, cite ni lakonan Vijay klu tak silap. die ni memang best kalau berlakon filem. hebat gituh. pelakon wanitanya termasuk Hansika Motwani, Genelia, and Saranya. 

cerita die...pasal sorang abang yg terlalu sayangkan adik perempuan dia n sanggup buat apa saja demi adik die. lagipun parents dorang da xde da. walaupun kena keji, kena maki, kena marah ngan penduduk kampung, tapi si abang tetap pertahankan adik dia. 

wartawan atau pemberita yg siarkan berita pasal terrorist akan dibunuh oleh penjahat. so dlm cite ni ada seorang wanita dan beberapa wartawan lelaki telah dibunuh. tapi, wanita tu tak mati. dan dia bersumpah akan ada seorang wira/hero akan datang selamatkan negara dorang, kononla. 

lepas tu si abang tadi tu kebetulan je jadi superhero, sebab die selalu tolong org. tapi akhirnya die memang jadi pujaan penduduk negara tu. tak bosan tengok cerita ni sebab ada banyak unsur komedi, kasih sayang, kekeluargaan, mcm2 la. cuma part bunuh2 tu memang aku xsuke. pepun, memang tak rugi tengok cite ni.

kagumla dengan cite ni, sedikit sebanyak buat kita berfikir. tapi memula memang tergelak tengok Velayudham punya pakaian. mcm org dulu2 pun ada gak. pakaian ala pahlawan gitu..hehhe. ade je org xsuke ngan cite ni, xpela. janji kita suke.

Jom layan trailer Velayudham







Comments

Popular posts from this blog

Minat Cerita Tamil

Cendawan Goreng Tepung Lazat

Sup Ikan Marvellous