Wonderful Trip to Surabaya- Day 1

Assalamualaikum
Entry kali ni nak cerita pengalaman aku dan kawan2 MSc Marketing ke Indonesia. Actually kitorang masuk pertandingan Business Model Competition (BMC) yang berlangsung di Universitas Brawijaya, Malang, Indonesia.
So, nak dijadikan cerita, takde flight yg direct ke sana (sebab kitorang g ngan Air Asia). Makanya, terpaksa la lepak sehari kat Surabaya. Plan awalnya nak berjalan 2 hari kat bandar Surabaya tu. Tapi sebabkan ada sumting terjadi kat Terminal Soekarno Hatta, maka terpaksa menuju ke Jakarta. Then, kitorang tunggula kat sana. lebih kurang 2 jam. Yang bagusnya, waktu kitorang tengah tunggu dengan muka boring, dorang provide roti and air....wuaaaa terharu, nak nanges. Pastu flight pun berpatah balik ke Surabaya. Separuh hari da habis gitu je. Kita da rancang macam2 but, indeed, He is best of planners. 


Muka happy kan...masa ni pencuci muka skrub kena rampas even tak sampai 100 gm. Takpela, dah takde rezeki. Balik nanti kita beli lain laahhhh.

jumpa kawan baru yg belajar kat sana



Dalam pukul 4 ke 5 camtu kitorang sampai Surabaya. Thoriq tak penyabo nak beli simcard kat dalam airport tu, sekali mahai gile. Mujur kitorang dapat seorang pemandu teksi yang baik kat sana. Dia bawa kitorang ke kedai runcit utk beli simcard yg jauh lebih murah. Adatla kat mana2 pun, peniaga memang nak ambil untung dengan pelancong.

Disebabkan plan da berubah, jadi kitorang pun tak tau nak ke mana. Nervous sebab jalan dah gelap dan kebanyakan kedai dah tutup. Perut lapar takyah cakapla. Aku yg kepoh2 terus diam, angin da naik sampai kepala, dan2 migrain. cissss spoil betul. 

Pusing punya pusing untuk cari hotel, last2 kitorang berkenan dgn Maumu Hotel. Dia tak jauh dari bandar sebab kitorang bercadang nak jalan kaki ke area tu. Hiks.



Best hotel Maumu ni. simple je deko nya tapi bolehla untuk short vacation. Nak lepak baik dok umah kan. So, tujuan berjalan-jalan adalah untuk berjalan-jalan. wakaka merepek!!!


ok ada tempat karok yg best, bak kata mereka berdua. 




Lepas je check-in, kami pun ambik kesempatan jalan-jalan sekitar bandar Surabaya. Memang hidup bandar dorang. Seronok. Oh ye, sebelum tu kitorang gi makan dulu. Sakit perut oiii.. Berdekatan hotel kitorang tu ada restoran Nasi Bebek yang famous kat sana.

Best makanan kat sini..nanges wooo

Lepas makan, jalan-jalan ke Mall yang besar kat sana. Jalan kaki dalam 15 minit dari restoran nasi bebek tadi tu. bebek tu itik ye kawan-kawan. Mall ni memang besar. Dan yang agak memeranjatkan, dekat Mall sini, bukan sebarangan orang boleh masuk. I mean, dorang memang judge based on appearance. If security guard rasa ko tak layak masuk, maka ko takkan dibenarkan masuk la. Agak mementingkan kelas la. Agak-agak kalau KLCC wat camtu, macammana ye...




 Dah penat berjalan, kami pun decide nak balik ke hotel. Dari pagi dah kepenatan, so jomla kita balik dulu. Plan esok nak berjalan kaki, round sekitar bandar Surabaya ni. Bagus kitorang ada Thoriq as our ad hoc tour guide. haha kemana-mana bawa map. Laki ni hebat sikit bab tengok map. Kitorang reti selpie saja..ewahhh.

Bersambung lagi trip ke Surabaya untuk Day 2.
bai2




Comments

Popular posts from this blog

Minat Cerita Tamil

Sup Ikan Marvellous

Selamat Tahun Baru 2017