Jom Detox!!!

Salam

hari ni tergerak nak kongsi tips buat detoks yg sangat2 mudah. memandangkan ramai lak tu nak try, so aku nak cerita sikitla pengalaman aku berdetox nih.

dulu penahla aku try minum teh detox. hasilnya takdela memuaskan sangat. setiap hari tpaksa ulang alik ke toilet. kalau dok umah je takpe. ni kat tempat keje, takkan nak ulang alik gi toilet lak kan. nanti ape lak bos cakap..heheh. tak lame pun minum teh detox tu, lebih kurang 2 bulan camtu je. harga dia leh tahan la.. so so

ingat tak entri pasal kisah jerawat aku yg kronik tuh??? hahaha memalukan.
haa, Dr yg sama sarankan aku wat detox ni. katanya tak susah pun, antara nak ke taknak, tu je.
caranya dia suh perah lemon/limau ke dalam air masak yg kite nak minum. xyah banyak, sikit pun cukup. haa tapi ingat, avoid gula yer...bukannya apa, penat2 je wt detox tapi taruk gula pulak.


Cara-cara buat detox:-


sediakan air 1 jag- air suam atau air sejuk pun boleh, tak jadi masalah


 
boleh gunakan lemon atau limau nipis, atau kedua-duanya sekali



okay da siap, senang kan??? biasanya aku gunakan separuh je lemon tu, taknak masam sangat nanti sakit perut. pastu kalau terlebih consume benda berasid ni, takut kena ulser perut pulak. habis dinding perut kita kena kakis, takmo takmo takmo.


aku try amalkan dalam sebulan cmtu. memang mula2 minum rasa tak  kurang sedap sikit, maklumla aku ni dah biasa minum lemon yg kaw2 gitu. ni tetibe minum air perahan lemon sahaja. aishhh memang pelik.

tapiiii, memang best hasilnya. perut aku yg memang sedia buncit tu da kempis sikit. teruja la i nak gi timbang, waaahhh..tak sangka dlm sebulan dah turun 2.5 kg tanpa disedari. sebabnya aku memang makan mcm biasa. cumaaaaa...kurangkan kuantiti mknn yg diambil. lagipun aku ni jenis cepat lapar n cepat kenyang. so mmg kerap makan. nyum nyum..


kadang-kadang kalau aku rajin, aku campurkan sekali hirisan epal merah, epal hijau, orange, buah pear, sambil2 minum leh kunyah buah2an tu sekali. kalau yg bajet tu, leh beli limau nipis, tahan lama jugak berbanding lemon. tapi make sure kena pandai pilih limau. time beli limau tu, cuba picit2 sikit n pilih yg lembut skit sebab jus nya banyak berbanding limau yang keras. rugi wooo...

so, ni jela tips org yg kurang rajin macam aku ni. tapi so far sesuai diamalkan pada waktu pagi selepas sarapan and sebelum nak tidur. terpulangla.. mana2 pun boleh uolssss... selamat berdetox!!!

-tamat-

Comments

Popular posts from this blog

Cendawan Goreng Tepung Lazat

I Fine Thank You... Love You (Review)

Sad Wednesday