Perginya Seorang Ulama' Terulung Tok Guru Nik Aziz

Salam 

Sayu rasa, pilu...hiba...
macam-macam perasaan datang bila dapat tahu berita pasal Tok Guru telah meninggal.

Aku tengah minum, sambil dengar IKIM, tiba-tiba terus tersedak!!!

Aku capai handphone, pastu terus tanya adik2 aku. Aku nak dapatkan kepastian.
Lambat pulak dorang reply, aku pun tengok FB. 

Maklumlah FB lebih pantas dari TV3, Astro Awani, Bernama, CNN sume.
Ramai "freelance reporter" kat dalam FB nuh.


Tok Guru Nik Aziz yg humble- ihsan Oh media

Berlinangan airmata tatkala mendengarkan bait-bait doa dari Ustaz Syed Norhisyam, suara Ustaz pun

dah serak-serak basah, menahan sebak. Kemungkinan terkilan sebab tak dapat menghadiri majlis pengebumian dan memberikan penghormatan kali terakhir untuk Tok Guru kesayangan ramai. Mana 

mungkin ada pengganti Tok Guru buat masa ini.
Kata-kata Ustaz Syed masih aku ingat, 

Allah menarik ilmu kita dengan mengambil (mematikan) para ulama'
Allah Allah Allah...

Alangkah damainya melihat pemergian Tok Guru diiringi dengan laungan takbir dan doa oleh seluruh umat Islam.
Apakah kita semua akan berpeluang "pergi" dengan sebegitu rupa?
Tok Guru insan mulia, walau dicerca, dihina, dan pernah digelar orang tidak siuman...
beliau hanya mampu tersenyum dan memaafkan mereka...mereka..mereka itu.

Mana mungkin kau akan jumpa seorang pemimpin yang berjiwa hamba.
Menolak segala kesenangan dunia hatta wang ringgit mahupun harta...
Tidak, beliau hanya mahu mengikut jejak Rasulullah saw
Walau bergelar pemimpin, beliau masih mengajar di sekolah seperti biasa....

Alangkah beruntungnya insan-insan yang mendampingi Tok Guru.

Alangkah bertuahnya mereka.

-
-
-
-
-
Bagaimana pula dengan kita????



Bila para ulama' kian tiada hari demi hari, pada siapa perlu kami rujuk?
Pada orang-orang yg jahil tapi berlagak bijak dalam bidang agama???
Allah, tanda-tanda kiamat kian dekat.
Apa yang perlu aku buat Ya Allah??
Apakah bekalan untuk aku ke sana sudah lengkap??
Aku belum bersedia utk menemui-Mu Ya Tuhan.
Aku malu Ya Allah.

mari sedekahkan sepotong Al-Fatihah kpd Tok Guru. Moga Allah cucuri rahmat atas roh beliau.
Al-Fatihah

Comments

Popular posts from this blog

Cendawan Goreng Tepung Lazat

I Fine Thank You... Love You (Review)

Sad Wednesday