Tips hadapi temuduga berkesan

salam 

hai hai...

masing-masing buat apa tu? kalau graduan yg baru habis belajar, mesti dok sibuk intai2 kerja dekat jobstreetOhjobjenjobs dan lain-lain sumber lah. kita boleh try tanya kwn2, mane la tau ada kerja kosong dekat company dorang. kalau tak tanya, maka kita yg rugi, kan kan??

ok la, nak cerita banyak pun tak guna. berlambak tips yang kita boleh dapatkan.. juz google je.
ada sesetengah tips tu sangat membantu. tapiiiiii tu semua bergantung pada interviewer kita nanti. kadang2 dorang dapat teka apa jawapan kita, sebab tu dorang saje nak test..test..test..

lagipun tak guna dok hafal jawapan2 yg kita dapat kat google tu kalau kita terlalu nervous. relax..okay jom usha tips2 yang cool tuh. check it out!!!


  1. Tahu position apa yg kita apply, jangan main hentam apply je asalkan boleh. 
  2. buat research sikit pasal company yang kita apply tuuu. nanti takde la kita terkial-kial bila ditanya pasal background company dorang, baca sikit pasal visi, misi, kejayaan dorang, latest news pasal company tu dll
  3. mesti tahu job scope utk kerja tersebut. haaa, biasanya dorang ada state masa kita apply kerja tu, so rajin2 kan la baca and fahamkan kerja apa yang bakal kita lakukan nanti. 
  4. praktis bercakap di depan cermin. haha, yang ni aku biasa buat. tapi bukan duduk depan cermin, saje duduk pastu sendiri tanya soalan, sendiri mau jawablaaa.. try jawab secara yakin tapi santai.
  5. cuba kenali kekuatan dan kelemahan diri. yang ni kita jarang ambil berat. kalau tak tahu, cuba tanya orang sekeliling kita. parents atau kawan2. dorang lebih kenal kita. 
  6. jujur dan jangan berpura-pura. sebenarnya mengikut pengalaman pertama kena interview dulu, aku terlalu jujur, aku cakap "saya pernah praktikal kejap di firma XYZ dan kerja sebagai guru ganti lebih kurang 3 bulan. setakat tu jela pengalaman yg sy ada...interviewer tercengang n aku bingung. jadi kesimpulannya, jadi diri sendiri, tapi cerita la serba sedikit pasal projek final semester, atau pernah join atau organised apa2 program ke apa ke..yakinkan dorang hokkay??
  7. pakaian formal dan kemas. lelaki biasa la kena pakai kemeja, tali leher dan kasut hitam. untuk perempuan pula, pakai baju kurung atau kemeja atau skirt, beg sederhana dan kasut tumit tidak terlalu tinggi. kalau boleh elakkan pakai baju merah menyala ala2 mak datin nuhh. oh ya, mekap ala kadar je, jangan over lak. kita bukan nak g fashion show..opsss
  8. prepare dokumen. yang ni amat2 penting. kadang2 terlepas pandang pulak nak bawa gambar pasport la, lupa nak buat salinan ic la, resume tak updated la bla bla bla, alasan tak boleh diterima. kalau boleh sediakan 2 salinan resume, satu untuk rujukan diri sendiri masa temuduga. (bawa kalkulator in case ada exam utk jawatan ttentu.)
  9. last but not least, tidur awal. nanti tak nak la bangun lewat pastu terkocoh2 gi temuduga kan. first impression sangat penting. kalau attitude tak jaga time temuduga, memang susahla.

haa tu jela rasanya. aku pernah attend interview 3 kali seumur hidup..bhahaha.. 

yg pertama kali gagal. kecewaaa..tapi tekad akan wat yang terbaik next time.

yang kedua...dapat tapi tak bertahan lama sebab aku ditaburkan dengan janji2 manis serta pelesu..puihhh

yang ketiga...terus dapat and disuruh lapor diri masa tu jugak!!

eh eh lupaaaaa...

yang keempat pun dapat...tapi sayangnya aku tak dapat lapor diri dalam tempoh yg singkat. so, terpaksa lepaskan cmtu je..rugi2

bagi aku, kalau ada rezeki, maka kita pasti akan dapat kerja tu. jangan risau. tapi paling penting kita usaha sungguh2, kemudian tawakal. insya Allah. kalau tak ada rezeki, kita cuba kat tempat lain pulak. hidup bukanlah semudah yg kita rencanakan..kannnn..

ahh aku pun tengah mencari2 kerja past time, jadual kelas tak padat sangat tapiiiii tapiiiii
jadual tak ok sangat, takpela yg penting usaha.. chaiyokkkkk!!!

Comments

Popular posts from this blog

Mini Giveaway Jom Jawikan cogan kata ini.

I Fine Thank You... Love You (Review)

Cendawan Goreng Tepung Lazat