Kerabu Sotong terbaik!!!

Assalamualaikum..

woot woot lama tak update blog...
biasa la, banyak komitmen kunun2nye...

hehe, so hari ni aku sedang berhoyeh2 kat umah sempena cuti mid sem..
tapiiiiii

cuti mid sem bukan tiket aku untuk bergumbira. 
banyak lagi perkara aku nak kena selesaikan. adesss

even tho aku bz, tapi still ada masa untuk asah skill masakan aku..wahaha

mak tanya nak masak ape hari ni, ada sotong tu ha...nak masak sambal ke???
aku pun watla muke jerk...

"mak, bosanla asek makan sotong masak sambal, ape kata kita masak benda lain lak"

"haih sukati la, mak nak sambung menjahit ni, pandai2la kamu masak ye.....trettt trettt tretttt (bunyik mesin jahit mak aku)

hahaha orait mom!!!

lalu aku pun gi capai henset, skrol atas skrol bawah, then terjumpa la beberapa website pasal kerabu....

waaahhhh, masak kerabu pun syok nih!!!

tapi aku gubah sikit bahan2 utk kerabu sotong nih, ikut citarasa masing2 la kan...

so ni bahan2nya :-

  • sotong (1/2 kg)
  • air perahan limau nipis (2 biji pun boleh)
  • bawang merah 3 ulas (dihiris halus2)
  • bawang putih 3 ulas (dihiris halus2)
  • tomato 3 biji (potong dadu)
  • serai 2 batang (hiris halus2)
  • gula
  • garam
  • cuka (sket je)
  • daun ketumbar/daun sup (hiris2)
  • cili padi (dihiris kecil)
  • lada merah (dipotong)
  • mangga mentah (yg masam tuh-kita hiris jugak)

Cara memasak:-

  1. mula-mula bersihkan sotong, kemudian potong kepada beberapa bahagian. jangan besar sangat dan jangan kecil sangat. sedang2 aje..
  2. kemudian rebuskan sotong dalam periuk yg diisi sedikit air, sikit dah la. bubuh garam dan gula sikit supaya sotong tu ada rasa nanti. 
  3. semua bahan2 yang dihiris dan dipotong tadi diletakkan di dalam satu bekas/mangkuk/tupperware
  4. gaulkan bersama2 sotong yg telah direbus. haaaa, part ni agak tricky sikit, sebabnya kita kena pandai letakkan bahan perasa yg bsesuaian dengan citarasa kita. kalau nak masam, tambah limau ke ape ke, nak manis tambah gula, nak masin tambah garam..hik2
  5. kacau hingga semua rasa masuk ngam2 nyum2...
  6. hidangkan di dalam pinggan, lalu taburkan sedikit hirisan daun ketumbar/daun sup. 
  7. ok jom makan


taraaaaa....ni la hasilnya (lebih kurangla, aku xsempat nak snap gambar sebab sume da selamat masuk perut)


ihsan karangkraf


amacam?????

meleleh tak air liur? aku yg menaip ni pun mouth watering---ape kes???

well, kejap je nak sediakan kerabu sotong ni. seriously lagi enak kalau kite perap semalaman coz memang best wa cakap sama lu. 

if let say kite bz sangat pastu tak dan nak masak, ha...try la kerabu sotong nih, memang terbaik!!!

ok done =)










Comments

Popular posts from this blog

Cendawan Goreng Tepung Lazat

I Fine Thank You... Love You (Review)

Sad Wednesday