Tips Tidur Berkualiti

Assalamualaikum

malu-malu pula nak post entry baru.
kelakar rasa. tau tak sebab ape?
sebab aku baru bangun tidur, then tiba-tiba rasa nak
kongsi pengalaman tidur tadi...haha motiffff?????

okaylah
perasan tak, ramai orang duk merungut pasal rezeki???
asal rezeki susah nak masuk?
kenapa rezeki sempit?
kenapa tak cukup duit?
bla bla bla...

cakap pasal rezeki, sedar tak kita bahawasanya tidur yg berkualiti juga merupakan salah satu rezeki yg kita tak pernah nak ambik kisah? (ayatttt kemain lagi)

perasan tak kita, semakin kita sibuk, semakin payah nak lelapkan mata?
perasan tak bila kita makin meningkat usia, kita akan hadapi masalah sukar tidur malam atau istilah femesnya --- insomnia. apesal la aku asyik terkeliru dengan amnesia??hahah nampak sangat jarang guna term ni..mih3

berbalik pada topik asal...
pernah tak kita terfikir kenapa bayi atau anak kecik senang je lelapkan mata?? jawapan tipikal, ala baby manade masalah. ok fine, manade manusia yg takde masalah dalam dunia ni kan. tapi ada beberapa tips utk tidur lena..cewaaahhh

dulu2 time degree, aku selalu ada masalah insomnia ni. then aku discover sebabnye aku selalu tidur lewat malam, eh lewat pagi. takat pukul 3 pagi tu dah biasa sangat. then bila baring, terkebil2 biji mata ni hah, xmau gak lelap. nape?????

pastu aku praktikal, sangat penat (first time keje kononnya)
aku berjaya tidur dalam masa 5 minit, maksudnya cepat terlelap. wahhhhh.. jadi sampai sekarang aku memang akan mudah tidur.
baru aku sedar bahawasanya tidur yg berkualiti (tanpa ubat tidur) adalah salah satu rahmat yg besar yg dikurniakan kepada kita. kenapa tak bersyukur?? alhamdulillah

cakap banyak memang tak mendatangkan apa2 hasil. jadi, inilah kaedahnya utk dapatkan tidur berkualiti


  • Cuba tetapkan masa tidur, cuba la dalam tempoh seminggu. kalau tak boleh jugak, paksa la mata tu utk pejam
  • Cuba dapatkan suasana yg tenang dan aman masa nak tidur. Jauhkan dari sebarang bunyi-bunyian, padam lampu, then tidur, tidur, tidur
  • Pasang alunan muzik instrumental atau zikrullah atau ayat Quran yg boleh menenangkan jiwa, insyaAllah boleh membantu kita tidur dengan lena
  • Jauhkan dari kafein ejam sebelum tidur. kajian membuktikan kafein boleh membuatkan kita sukar utk tidur (tapi ni tak berkesan utk aku, pas minum kopi leh je kroh2 dengan nyaman)
  • Elakkan makan lewat malam, makanan belum hadam maka susah la nak tidur. terganggu sistem penghadaman kita, dia keliru kita nak hadam ke nak tidur ni oiii
  • Bersenam. yang ni aku pun malas, tapi siang tu aku akan pastikan aku aktif. gi kelas jalan kaki, pi naik turun tangga n elakkan pakai lif, gi jalan ke sana, ke sini..bila badan letih, insyaallah possibility untuk tidur berdengkur tu sangat tinggi (heehe aku lettew)
  • Ahaaaa jangan lupa qailullah. tidur sekejap untuk recharge bateri badan kita. kalau kerja nak tidur katne kan, kalau ada surau, tidurla jap dlm 15-20min. nanti malam senang nak tidur, (ade kaitan ke?)
  • Kurangkan tidur di siang hari. haaa ni berbeza ngan tidur sekejap eh. Kalau tidur 2 3 jam, alamatnya memang payahla nak tidur malam kang. sendiri mau tanggung lah!
  • Atasi stres dgn bijak. caranya, setelkan satu persatu masalah dgn tenang, dptkan nasihat dr pakar atau org yg dpercayai dll. malam2 nak tidur jangan la pikir sangat, kesian kat badan kita, bagila can die rehat jap
  • Jauhkan diri dari gajet yg boleh mengganggu tidur anda- handphone, tablet, laptop sume letak jauh2, syuh2 tak cukup ke satu hari ngadap binatang tu???
  • last sekali dah takde jalan, pegila jumpa doktor utk dptkan rawatan. janganla memandai2 beli ubat tidur kat farmasi, bahayeeee!!! jumpe doktor and dapatkan preskripsi yg betul dari doktor yg bertauliah..ok??
so far, tu jela yang terlintas di fikiran hamba. kita cuma berusaha, sesungguhnya Allah yang Maha Mengetahui apa yg terbaik utk kita. Mungkin Dia nak kita lebih mengingati Dia kan?
sampai sini saje, nak gi stadi utk midterm exam...babai



Comments

Popular posts from this blog

Minat Cerita Tamil

Cendawan Goreng Tepung Lazat

Sup Ikan Marvellous