Sotong Masak Kunyit Prap Prap Suka Hati

Assalamualaikum
Jalan-jalan blogwalking tadi, then teringat psl resepi baru aku try last week.
Actually ni resepi dr bestfren aku...
tapi aku da tukar sket ikut kesesuaian, maklumla aku tak leh makan pedas sgt. nanti perutku mengamuk uols

okay berbalik kepada tajuk entry kali ni, kenapa namanya cenggitu?
hahaha, sebabnya kita memang masak ikut suka hati.. tp hasilnya boleh tahan, yummy2.

resepi sgt mudah and simple bagi yg baru bjinak2 nak belajar masak. eh, xpandai masak tak ape, janji kita rajin mencuba. lama2 hebatla tu. kan kan...

Bahan2 untuk diperap:

- 1/2 kg sotong yg sudah disiang dan dpotong cincin
- serbuk kunyit 2 sudu
- cili boh 1 sudu
- kicap masin 1 sudu
- kicap manis 1 sudu
- ajinomoto secubit
- garam dan gula secukup rasa



Bahan2 di atas perlu diperap sekurang-kurangnya 1/2 jam sebelum dimasak


Bahan2 untuk ditumis

- bawang putih 3 ulas (dihiris halus)
- bawang merah sederhana besar 2 ulas (dihiris halus)
- cili padi 2 (dipotong kecil2)
- serai 2 ikat (diketuk)

Cara masak:-

  1. Mula-mula panaskan kuali dan masukkan minyak 2 atau 3 sudu. kemudian tumiskan bahan2 yg perlu ditumis spt bawang putih dan bawang merah dengan api sederhana. tumis sehingga layu.
  2. kemudian masukkan serai dan cili padi. tumis sehingga bau wangi.
  3. kemudian masukkan bahan perapan tadi, kacau dan biarkan seketika.
  4. Ni part yg paling penting... rasa masakan tu, kalau terlalu masin, bolehlah ditambah dengan air suam 1/2 gelas atau tambah secubit gula.
  5. biarkan dalam 20 minit, ok siap!!!
  6. bolehlah dihidang dan taburkan daun ketumbar sebagai penambah aroma.

tryla, pasti berbaloi-baloi



Comments

Popular posts from this blog

Minat Cerita Tamil

Sup Ikan Marvellous

Selamat Tahun Baru 2017