Jom Pitching

Assalamualaikum...
hehe, hai bubu
Senyap je, wujud lagi ke tak?

Aku ada je kat sini. maklumlah, bz sikit (jawapan cliche sgt).

Well, aku nak update sikitla pasal pe yg konon2 bz sangat tu eh...

Menjak-menjak ni aku ada buat proposal company utk pitch kat stesen tv. (selalunya dorang akan buka tender setiap tahun).

So hari tu da buat, da gi pitching and then masih berbaki lagi beberapa proposal yg perlu diimprovekan lagi..aiyakkk

Anyway, yg buatkan aku stress tu adalah...
Date yg sama, aku terpaksa submit draft utk thesis proposal haku chapter 1 and 3.

Aku pening, ulang-alik dari umah ke kampus ke opis, penat oiii, sapa kata xpenat.

Ada yg cakap, jadi student ni senang, relax je, xyah risau, xyah pening, goyang kaki, lepak2, gusip2 kat coffee bean, tengok muvie, makan2, jalan2 travel sana sinun..
hoyyyyy!!!!
da tu kenapa masa korang study dulu, korang asek nangis sampai berbaldi-baldi airmata? kenapa kenapa? sebab senang eh??

hahaha, 10 tahun dulu senang dik oi, masa aku amek degree dulu tu, study gomen tolong. bagi subsidi la, bagi pinjaman la, ptptn, mara, yayasan semua berebut nak tolong kita. sebab tu tak rasa susah..enjoyyyy sakan.

tapi sekarang,
negara kita diuji dengan keadaan ekonomi yg tak begitu memberangsangkan.
rakyat hidup susah.

bayangkan gaji RM 3k da dianggap miskin bandar.
sedangkan rata-rata masih ramai lagi yg bergaji RM 2k ke bawah...sedihkan?
tapi apa nak buat, walaupun duit bukan segala-galanya, duit takkan menjamin kebahagiaan,

tapi TANPA duit, hidup boleh jadi kucar-kacir, keluarga boleh jadi porak peranda, gaduhla apela, kawan boleh jadi musuh, hmm mcm2.
well, nak tak nak kena la terima hakikat tu.

ok, aku masih x menyimpang jauh sangat, sebab memang aku nak cerita la ni...
kenapa aku buat kerja lak..study jela kan. erm, alkisahnya study aku dibiaya oleh My Brain (MyMaster).

Syukur alhamdulillah. da masuk 3 semester dorang seponser aku. tp dorang tolong bayarkan fees saje, elaun sara hidup pandai2la cari sendiri.

so thats y la, berbekalkan tulang 4 kerat ni, aku bekerja sebagai freelancer. ada job, bekerja la kita.

apa itu PITCHING???

pitching ni mcm presentation tp berdurasi 10 minit ke bawah. kita akan present tajuk and propose kan tajuk program bersama dengan treatment rancangan tersebut mengikut kod yg sudah didaftarkan.
dengar mcm mudah je kan? tapi kita perlukan skill utk convince panel2 tersebut utk terima proposal kita, then baru dapat proceed utk ke next step.

idea biasa2 ni dorang da bosan nak dengar, tp kalau idea bombastic tapi x relevan pun, dorg meluat. jadi, sebenarnya dia bergantung kepada kreativiti kita mempersembahkan proposal kita tu..cane? bergantung pada korang, nak buat video, slide or grafik yg dapat grab attention mereka.

oh ye, cara presentasi kita jugak akan diambilkira. kalau setakat baca slides je, atau mata dok usha proposal kita je, memang panel akan menguap la kan kan...time tu mula rasa panas je hati kita. tapi sabar2. 10 minit je pun nak kena bercerita ni.

tinggal lagi 2 minit, pegawai bertanggungjawab tu akan remind kita la...

maka, jangan syok sendiri ye..kikiki (aku sengih time ni sbb member seperjuangan tengah syok melalut, time aku merepek die pun gelakkan aku jgk, cisss).


TIPS???


  • paling penting kena datang on time. kalau lambat dorang takkan layan, okbai.
  • pakaian mesti kemas, melambangkan keperibadian kita.
  • konfiden mesti ada, walaupun tketar2 time tu. sembunyikan melalui senyuman manis.
  • jangan berlagak n tunjukkan budi bahasa yg tinggi- sapa dorang sebaik saja masuk bilik, dan ucap terima kasih atas attention yg diberikan.
  • oh ye, proposal mestila kemas dan meyakinkan, clear, precise, concise serta takde kesalahan ejaan ye rakan2
ok done, kalau dorang berminat, kita akan dapat feedback dari mereka bbrp bulan selepas tu.
kalau sunyi sepi je, anggaplah tak berjaya. 
tapi jangan putus asa, cuba lagi next time. mana tau, rezeki Allah tu kan luas.





Comments

Popular posts from this blog

Mini Giveaway Jom Jawikan cogan kata ini.

I Fine Thank You... Love You (Review)

Cendawan Goreng Tepung Lazat