Salam Ramadan

Assalamualaikum...

Salam Ramadan buat semua umat Islam di seluruh pelusuk dunia.
Diam tak diam, da 15 hari kita semua berpuasa. kejap je kan.
Ada yg serius lakukan ibadah, ada yg juz biasa2 dan ada yg juz main2 dan takde lakukan apa2 perubahan dlm bulan yg mulia ni. Aku pulak? cuba lakukan yg terbaik, insha Allah.


okla, nak share pengalaman aku puasa kat kampus. kalau dulu2, bulan puasa jatuh time kitorang tgh stadi, maksudnya kena g klas la kan...so, ade la bazar utk students gi shopping juadah utk berbuka. memang meriah tak hengat.


kadang2 malas nak gi, sebabnya orang ramai sgt (dasar pemalas!). hey, betulla... ada yg sanggup beratur panjang2 and bhimpit2 asalkan dapat beli juadah feveret. kadang2 angkut segerombolan rombongan gi bazar, pusing2 tawaf 2 3 round, last2 beli sebungkus nasi n air. tu je... e eh... tula namanya student kan. rindunya suasana tu.


sekarang, da lebih 10 tahun berlalu. suasana tu da tak sama lagi. kebetulan tahun lepas and tahun ni, bulan puasa jatuh pada cuti sem..short sem break. so, tahun lepas aku memang bpuasa sakan la kat umah tanpa memikirkan masalah stadi ke ape ke..lantak la... sebulan weh aku bgumbira. tapi sayang, sem ni aku tpksa ulang alik ke kampus demi thesis aku. sedih dan pilu kurasakan tpaksa bbuka sendirian. forever alone sgt2...wuaaaaaa


semalam, aku gi berbuka kat masjid. makanan and minuman semua da disediakan. yang datang lewat, dpt jamah roti and air je. aku lak memang tak biasa berbuka makan nasi. rasa cam erm erm erm...xpela, lwt mlm sket baru aku mkn nasi ni..heee gedik plakkk.. best jgk bbuka ramai2 kat masjid ni, seronok dpt kenal kwn2 seagama. best best. bila teringat family kt umah, mula la rasa sebak. haih xpela, berkorban sket eh.


pengalaman masa keje lak, tak berapa syok. sebabnya, aku tak dapat tolong2 mak utk siapkan juadah berbuka. normally akan singgah bazar beli kuih muih or ayam percik kegemaran ktorg. tu je. so, tak bape nak ade feel sgt. kat kampus seronok tarawih kt mahallah or kt masjid. tapinya lebih prefer kt mahallah..heheh.


harap sgt dapat bertemu lagi Ramadan akan datang. amin


Comments

Popular posts from this blog

Minat Cerita Tamil

Sup Ikan Marvellous

Selamat Tahun Baru 2017