Selamat Tahun Baru 2017

Salam...

 
Selamat Tahun Baru 2017.
Tahun baru bermakna kita semakin menginjak usia.
Sedarkah kita?
Entahla, kadangkala sedar, kadangkala kita leka, alpa...
Soalan wajib sejak dari zaman sekolah rendah dulu "Apa azam awak tahun ni?"

I see, dulu kita sentiasa pastikan kita ada azam
Kalau tak, malu lah dengan kawan-kawan
Tapi kan, apa gunanya ada azam kalau kita tak berusaha untuk merealisasikannya?
Haa, sebab tulah kalau nak tetapkan azam, pastikan azam tu relevan dan boleh dicapai

Azam ni tak wajib pun tapi,
Pentingnya azam ni untuk kita memajukan diri sendiri, untuk lebih berusaha untuk mencapai kejayaan dalam pelbagai lapangan.
Tanpa azam, kita akan berasa selesa berada di takuk yang sama
Sedangkan kita digalakkan untuk mengubah nasib kita sendiri hari demi hari

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS.13:11

Bunyi macam complicated kan?
Taklah complicated sangat.

Tahun 2016 adalah tahun yang paling berat dugaan untuk kami sekeluarga, macam-macam benda dah jadi. Bukan mudah untuk hadapi ujian dari Allah. Tapi Dia menguji kita atas kemampuan kita. 
Bukan membebankan kita. Ujian juga membuatkan kita sentiasa ingat pada Dia. Kita akan ingat bahawa kita hanya manusia biasa. insan yang lemah. Kita perlukan Dia. Kita perlukan pertolongan dari Dia. Ujian juga buatkan kita jadi lebih kuat, kan. Aku bersyukur sebab ujian-ujian ni buatkan aku back on my track.
  
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.


Manis pun ada, tapi pahit untuk ditelan. Move. Move.

So, azam aku tahun 2017 ni nak habiskan study and graduate dengan kawan-kawan MSc. Sambung kerja balik. Kawen... eh. Ke situ pulak. 



2016 best nine from instagram





I just love those random memories that make me smile no matter what's going on in my life right now. I close the door to the past and open the door for the future.And, the new chapter of my life is about to begin. Bismillah.

Goodbye 2016 and Happy NewYear peeps!

Comments

Popular posts from this blog

Mini Giveaway Jom Jawikan cogan kata ini.

I Fine Thank You... Love You (Review)

Cendawan Goreng Tepung Lazat